Hantu di definasikan sebagai satu subjek paranormal yang terlalu subjektif untuk di perbincangkan kerana setiap orang memiliki pendapat dan kisah masing2 yang tersendiri. Namun bagi aku sebagai orang Islam, aku percaya yang wujudnya Iblis, Syaitan dan Roh-roh orang mati yang tidak tenteram kerana tidak di terima bumi.
Dan aku sedang hadapi masalah tersebut. Tidak dapat di pastikan kebenaranya atau tidak tapi orang tua-tua kata budak-budak kecil boleh nampak perkara yang orang dewasa tak mampu lihat.Tapi sejak 1-2 hari lepas, aku dapat lihat perubahan pada anak kecil aku. Semakin hari semakin rapat, bukanlah satu petanda yang bagus kerana anak aku memang terkenal dengan "tak reti duduk diam". Tapi kini dia sentiasa duduk diam dan rapat dengan aku dan isteriku.Tatkala salah seorang dari kami bangun meninggalkannya, dia akan bangun sambil menangis kearah kami dan menarik kami agar duduk bersamanya. Dan yang paling jelas sekali ialah bila hendak ke dapur. Dia menjadi tak keruan dan dengan cepat menarik-narik kami agar ke ruang tamu.
Aku anggap perkara ini biasa dan ianya akan berubah tapi semakin lama semakin menjadi-jadi sehinggakan isteriku langsung tak mampu buat apa-apa melainkan duduk berhampiran dengannya.
Isteriku ceritakan hal ini kepada orang tuanya. Memang dah di ketahui yang ibu mertuaku memang ada sedikit ilmu perubatan Melayu. Taklah sampai tahap bomoh tapi kadang kala ada lah 2 atau 3 orang yang dia ubatkan apabila melibatkan penyakit mistik ni.Isteriku berceritakan tentang hal perkara ini pada orang tuanya dan jawapan yang agak memeranjatkan dari orang tuanya ialah
" Ada nenek tua cina kt dapur umah kau tu"
Tentang nenek tua cina ni aku pernah alami sendiri sebelum ini. Ketika itu aku baru saja membeli rumah tersebut dan duduk berseorangan. Waktu tu masih belum berkahwin lagi. Di suatu hari, aku terlena dalam pukul 10.30pagi.Dalam tidurku, aku bermimpi yang di dalam rumah ku ada seorang nenek tua cina yang sedang duduk melipat baju di hujung ruang tamu ku. Lalu aku marah dan mengherdik dia agar keluar. Dan kemudian, aku terjaga dan jam menunjukkan pukul 5.50ptg. Sangat lama aku tidur. Tak pernah dalam hidupku yang aku tidur siang seperti hari tersebut. Dan bila aku bangun, aku rasakan badan ku sakit-sakit dan sengal. Lalu aku ceritakan pada tunangku (isteriku sekarang), dan aku mengajak orang tuanya bertandang ke rumah ku di waktu malam. Dan tanpa aku mahupun tunangku bercerita, dia dengan lancar menerangkan tentang "Nenek Cina Tua". Di mana lokasinya di dalam rumah ku dan apa yang dia buat ketika itu. Berderau darah ku di hurungi ketakutan. Lalu aku ceritakan pada orang tua ku dan orang tuaku berusaha berjumpa dengan orang yang bijak pandai untuk atasi perkara ini. Alhamdullilah, ianya terus senyap.
Tapi 5 tahun kemudian....ianya terjadi lagi dan ianya masih terjadi sekarang......aku bingung.
No comments:
Post a Comment