Monday, 9 May 2011

Hobi baru - Melukis Cahaya (Photo-graphy)

Setelah beribu-ribu ringgit aku habiskan pada permainan Online Game selama hampir 5 tahun akhirnya aku rasa aku perlu berubah. Dan lagi online game yang selalu aku main pun banyak sangat menimbulkan masalah seperti server terlalu perlahan,selalu kena godam,banyak "bug" dalam game dan yang paling aku tak tahan sekali ialah sikap GameMaster yang suka2 je nak "banned" akaun pemain.Oleh yang demikian aku bertekad untuk tukar hobi.
Selama 5 tahun itu jugaklah aku rasa banyak kenangan2 yang indah2 aku biarkan berlalu tanpa ada sekeping gambar. Terutama sekali ialah kenangan semasa anak aku di lahirkan. Apa yang aku dapat potretkan cumalah dalam kamera telefon yang berpiksel rendah. Jadi kualiti gambar terlalu sangat pudar.
Jadi apa yang aku buat ialah aku kumpul duit pelan2 dan terus beli benda yang aku sendiri tak pernah fikir untuk aku beli. KAMERA Digital Single-Lens Reflex a.k.a DSLR. Atas nasihat En Firdaus dari Firdaus Photography...aku pun sambar Canon DSLR 550D
 Waktu aku beli 18hb February 2011 harganya ialah RM3,113.00 termasuk lens 18-55mm/f3.5 IS. Selain dari kamera dan lens, aku juga di beri "hadiah" 8GB SD Memory Card, Tripod (yang patah) dengan Beg DSLR (yang muat2 untuk letak camera dan bentuknya sangatlah BANGANG)..aku gembira dengan "hadiah" tersebut. Selain dari itu aku juga membeli Kenko UV Filter 58mm dan Screen Protector dengan harga RM250.Al maklumlah...tengah BODOH lagi tentang harga barang2 tu..so kena KELEPET habis-habisan aku hari tu.
Tapi 2 minggu kemudian pihak Canon lancarkan model terkini 600D dengan harga yang sama...terduduk aku menyesal sebab beli terlalu awal.Tapi demi memujuk hati selalu aku berkata "Alah...body semua sama je, yang penting kreativiti" "A Man Behind a Camera bla..bla..bla".....sedih jgk tapi nak buat macam mana.....nasib badan.
Demi memujuk hati...aku berkenalan dengan satu internet vendor yang aku kenal dari website Mudah.my. Apapun aku sangat-sangat berpuas hati dengan dia..DSLR Shop nama vendor dia...ada jgk kat facebook. aku beli satu Sling Camera Bag T-14 berjenama Winer.
Lepas tu kerana servis dan layanan yang tak "kurang ajar" dan aku sangat-sangat berpuas hati kerana DSLR Shop ni sanggup melayan kerenah aku yang dah pasti sangat CEREWET. Sampai je beg pada tangan aku...terus aku contact bertanya tentang Canon 50mm/f18 II.DSLR Shop membalas dan memberi harga yang bagi aku sangat2 istimewa.Terus aku masukkan duit dan TARAAAAAA!!!!!!! Esoknya sampai ahli terbaru dalam lens aku...

No comments:

Post a Comment